Solat Sunat Tawaf
Solat Sunat Tawaf
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Adab Dan Doa Minum Air Zam-Zam (Klik disini)
2014@abdkadiralhamid
.
.
D. TEMPAT PERLAKSANAAN SOLAT TAWAF
.
Seseorang yangmelaksanakan samada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan melakukan Solat Sunat Tawaf di sisi Baitullah. Solat ini tidak semestinya pada tempat atau masa tertentu, ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat dalam Masjidil Haramdi Makkah.
Adalah lebih afdal sekiranya Solat Sunat Tawaf ini dapat dilakukan di belakang atau di sekitar Maqam Ibrahim yang terletak berdekatan dengan pintu Kaabah yang dikenali sebagai Multazam.
Multazam merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa maka seandainya dapat didirikan solat Tawaf di situ maka hendaklah seseorang itu mengambil peluang untuk memperbanyakan doa dikala sujud mahupun setelah membaca tasyahhud tamat sebelum memberi salam ke kanan.
Sekiranya terdapat kesukaran untuk melaksanakan Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim, maka diperbolehkan untuk mengerjakannya berhampiran Hijr Ismailatau di bawah pancuran Emas atau di mana-mana daerah dalam Masjidil Haram mahupun di luarnya.
.
.
.
E. NOTA:
1. Bagi jemaah yang berulang alik antara tempat penginapan dengan Masjid Haram, mereka mempunyai pilihan sama ada melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid atau Tawaf Tahiyatul Bait dikala masuk ke dalamnya.
2. Jika jemaah mahu melaksanakan Tawaf Tahiyatul Bait, afdalnya ia berbuat demikian. Sekiranya ia melaksanakan Solat Sunat Tawaf selepas itu, ia turut mendapat pahala sunat Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
3. Jika jemaah tidak mahu melaksanakan Tawaf Tahiyatul Bat, lakukanlah Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
4. Kadang-kadang dikala melaksanakan tawaf, muazzin menyeru untuk bersolat jenazah. Dalam duduk perkara ini, ialah afdal jemaah meneruskan tawaf kalau tawafnya itu tawaf wajib. Jika tawafnya itu tawaf sunat, ialah afdal ia turut sama menunaikan solat mayit tersebut.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Yang Mahakuasa Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Seterusnya Klik Tajuk-Tajuk Di Bawah… Solat Sunat Aidil Adha
Solat Sunat Aidil Fitri
Solat Sunat Asyura
Solat Sunat Awwabin
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Istikharah
Solat Sunat Isyraq
Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)
Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari)
Solat Sunat Lailatul Qadar
Solat Sunat Musafir
Solat Sunat Nikah
Solat Sunat Nisfu Syaaban
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat Sunat Tarawih
Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Tawaf
Solat Sunat Witir
Solat Sunat Wuduk
Sholat Muthalaq
SOLAT ISTISQA’
SOLAT JENAZAH
.
وَالسَّلاَمْ2014@abdkadiralhamid
Komentar
Posting Komentar